Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, syukur saya kehadrat Allah SWT, kerana dengan izinNya maka terhasil juga sebuah laman web rasmi Persatuan Kompang Ezhar Zon Kuala Lumpur yang boleh kita sama kunjungi dan layari. Laman web ini adalah khas untuk warga EZHAR Kuala Lumpur khususnya dan Semua ahli EZHAR amnya. Saya mengucapkan sekalung tahniah kepada AJK Zon Kuala Lumpur kerana atas inisiatif mereka maka terhasilnya laman web ini. Tahniah juga kepada putra putri EZHAR Zon Kuala Lumpur yang banyak membantu dalam menjayakan Laman web ini Di kesempatan ini saya suka memberi peringatan kepada sesiapa sahaja yang melayari laman web ini agar tidak menyalahgunakannya. Saya berharap agar laman web ini digunakan sepenuhnya dan sebaik mungkin agar kita mendapat munafaat yang berguna darinya.

Akhir kata, walau apa pun yang berlaku, setinggi mana pun kita berada dan sejauh mana kita pergi, janganlah kita lupa dan ingatlah akan asal usul. Andai kata ada tersalah bahasa dalam bicara ini, saya menyusun jari sepuluh memohon maaf diatas segalanya. Sesungguhnya yang baik dan sempurna itu datangnya dari Allah dan yang silap serta kekurangan itu datangnya dari kita manusia yang lemah.

Tidak akan Melayu Hilang Di Dunia
Seni EZHAR Warisan Bangsa.

Wassalam….

Latihan Gabungan Kompang Ezhar ZON KL pada 4/6/16 di Dewan UMNO Kg Puah.

lthn gbngn 1lthn gbngn 2lthn gbngn 3lthn gbngn 4lthn gbngn 5lthn gbngn 6lthn gbngn 7

 

Seramai 75 putra putri Ezhar & 9 Khalifah Zon KL dari pelbagai cawangan yang hadir dalam latihan ini.Turut Serta dalam latihan ini adalah Pakguru Kesenian Kompang Ezhar Wilayah Persekutuan/Selangor Pakguru Abd Rahman YIM.Antara cawangan yang hadir:-

1) Cwgn Wira Damai

2) Cwgn Ampang Tasik

3) Cwgn Tmn Melati

4) Cwgn Selayang Baru

5) Cwgn Wangsa Maju

6) Cwgn Tmn Bakti

7) Cwgn Tmn Batu Muda

8) Cwgn Sri Selayang(rintis)

9) Cwgn Sg Buluh(rintis)

Pertandingan FESENI Universiti Malaya 2016 pada 12/3/16

um

Pasukan ini adalah dari Kolej Ke 5 Universiti Malaya yang mana di latih oleh Kompang EZHAR Zon KL. Antara Cikgu Cikgu yang terlibat dalam melatih pasukan ini adalah;

CIkgu Zainal Kamaruddin/Ckg Saiful/Ckg Mohammad Nor/Ckg Ridzuan/Ckg Hafidz/Ckg Aizat/Ckg Azman serta di bantu oleh saudara Mazazli(wira damai) & Faizal(Tmn Melati)